Friday 31 January 2014

KEK 3D KERETA (McQUEEN) FOR SAIF AZFAR

 Kek ini adalah kek untuk sambutan hari lahir Saif Azfar yang sangat meminati semua benda yang beroda/tayar.  Saif Azfar sangat ceria dapat hadiah kek McQueen ni. Watak McQueen (Lightening McQueen) ini adalah watak animasi dalam filem Cars the Movie.  Saif Azfar memang tidak pernah jemu dengan filem ini.

Kisah McQueen sebuah kereta lumba baru (muda) yang angkuh kerana populariti dan kemasyurannya yang cantik dan laju. McQueen sangat menginginkan kejuaraan dalam siri perlumbaan kereta yang bakal membolehkan ia mendapat kontrak dengan sebuah syarikat yang besar dan akan menjadikannya lebih mewah dan ternama. Kesombingannya telah menjadikan banyak pihak yang membencinya termasuklah krew perlumbaannya sendiri.

Dalam perjalanan melalui Route 69 ke Carlifonia bagi menyertai sebuah perlumbaan McQueen telah terlibat dalam kemalangan menyebabkan ia rosak dan terdampar di sebuah pekan kecil yang telah dilupakan iaitu Radiator Spring.  Mulanya McQueen masih angkuh tetapi kerana ia telah merosakkan jalan ia didenda memperbaiki jalan tersebut. Di sinilah sedikit demi sedikit kenderaan lain di Radiator Spring cuba mengubah sikapnya dan akhirnya ia telah berubah menjadi sebuah kereta yang mempunyai nilai persahabatan yang tinggi dan disenangi oleh semua pihak.
McQueen mengajar suatu perkara yang penting iaitu kejayaan tidak akan dicapai tanpa kerja sama banyak pihak.  :-) Love for all..

No comments:

Post a Comment