Friday 31 January 2014

IZZ ZIYAD : KEK 1 TAHUN

Kek berbentuk no.1 bermotifkan air, udara dan tanah adalah kombinasi sifat manusia. Simbolik bagi Izz Ziyad yang baru setahun mengena dunia. ketenangan dan keindahan dunia hendaklah dikekalkan. Semoga Izz Ziyad menjadi anak yang soleh dan berjaya kelak.
D'Anjung Cake House merasa ceria dengan garapan idea yang diilhamkan ini. Melihatkan ikan-ikan yang berenang dan rama-rama berterbangan mengingatkan zaman kecil dahulu. Ini adalah objek popular yang kita akan lukiskan dan merasakan sangat cantik apabila diwarnakan dengan pensil warna Luna. Izz Ziyad akan melalui suasana di tadika kelak dan semoga ilham di atas kek ini juga akan menjadi ilham Izz Ziyad menconteng buku lukisannya kelak.
Kek bentuk no. 1 memang popular bagi ibu-ibu yang teruja untuk menjadikan kenangan dalam membesarkan anak-anak. Kek bentuk no ini sangat mudah untuk mengabadikan peningkatan umur anak-anak. Dengan bentuk kek sahaja telah menceritakan angka yang dihitung saban tahun. Tahniah dan terima kasih buat ibunda dan ayahanda Izz Ziyad kerana memilih D'Anjung Cake House untuk mengabadikan kenangan seumur hidup anakanda Izz Ziyad..

No comments:

Post a Comment