Sunday 29 December 2013

Kek Huruf A buat Afreena yang manja dan comel


Adik Afreena sangat gembira melihat kek yang cantik dan hati kami di D'Anjung Cake House juga berbunga gembira. Sesuatu yang sangat indah jika dapat membuatkan hati semua orang ceria.

Ada kalanya ada yang bertanya tentang kek 3D yang kami hasilkan. Oleh kerana kek 3D perlu dipotong mengikut bentuk kami akan membakar kek yang lebih besar daripada yang ditempah. Malah kami akan melebihkan kek daripada berat sebenar yang diminta oleh pelanggan. Kami tidak akan mengenakan caj kepada bahagian kek yang kami potong dan selalunya kami akan kongsi dengan pelanggan-pelanggan lain yang mengunjungi kedai. Kami berharap pelanggan berpuashati walau pun ada kalanya kami tidak dapat memenuhi ekspektasi semua.

Kami ingin membuat pelanggan tersenyum seperti adik Afreena :).
 

No comments:

Post a Comment