Thursday 5 December 2013

WEDDING CAKE- BUTTERCREAM ROSES



Kek perkahwinan dengan hiasan biru yang memukau. Pelanggan yang datang inginkan sebiji kek yang menarik tetapi inginkan warna biru yang kurang menyerlah. D'Anjung Cake House inginkan sesuatu yang dapat menceriakan majlis perkahwinan ini maka kami mengadun krim dengan warna biru segar. Syukur, pelanggan sangat berpuas hati dengan hiasan yang kami sajikan dan kami sentiasa memberikan khidmat nasihat berkaitan pilihan warna.  Walau bagaimana pun ada juga pelanggan yang bertegas dengan pilihan mereka maka kami akan menghias mengikut kehendak mereka.

Bagi pelanggan yang mengadakan perkahwinan bertema pula kami bersedia mempersembahkan kek perkahwinan mereka dengan pilihan tema pilihan mereka.

Tips bagi memilih kek untuk dipotong dalam majlis persandingan/resepsi:
1.  pilihan warna kek sesuai dengan tema tetapi pastikan warna pilihan anda menarik di dalam gambar. Contohnya jika pilihan tema bermotif "Musim Sejuk/Winter" maka elakkan memilih warna putih sepenuhnya untuk hiasan kek kerana kek tidak menyerlah dalam gambar. Ini tentu mengecewakan anda. Pilihlah warna lembut yang sesuai dan jangan campur warna yang pelbagai kerana ia akan mencacatkan tema winter.
2. Warna hiasan kek jangan terlalu sedondon dengan baju kerana jika bergambar ketika memotong kek warna kek dan baju pengantin akan automatik bergabung/blend in, so kena sedikit berbeza sama ada lembut sedikit atau gelap sedikit dari baju.
3. Pilih kek bertingkat dan potong kek yang bawah sekali kerana ia akan menyerikan aksi gambar anda.

Selamat pengantin baru kepada yang melaluinya.

No comments:

Post a Comment