Friday 31 January 2014

KEK 3 TINGKAT SELAMAT PENGANTIN BARU





Kek ini ditempah oleh Noor Hidayah dan Zarnan sempena majlis perkahwinan anak saudara mereka di Penanti Bukit Mertajam. D'Anjung Cake House menyiapkan 3 biji kek untuk majlis perkahwinan ini dengan 3 kek yang berbeza.  Terima kasih kepada pasangan ini kerana sentiasa menempah kek dari D'Anjung Cake House untuk pelbagai majlis.  Kami sangat menghargai kalian.

CUP CAKE UNTUK HANTARAN




Cup Cakes ini telah ditempah untuk hantaran oleh seorang pelanggan dan telah menghantar kotak hantaran sendiri untuk kami isikan kek tempahan mereka.

SHAH & SUE:SELAMAT PENGANTIN BARU

Kek 3 tingkat mawar merah jambu ni lembut dan segar. pilihan warna yang sesuai untuk majlis yang indah berseri.
 












DAYAH & ZAID : TAHNIAH




YAN & E-MIE : SELAMAT BERTUNANG




IZZ ZIYAD : KEK 1 TAHUN

Kek berbentuk no.1 bermotifkan air, udara dan tanah adalah kombinasi sifat manusia. Simbolik bagi Izz Ziyad yang baru setahun mengena dunia. ketenangan dan keindahan dunia hendaklah dikekalkan. Semoga Izz Ziyad menjadi anak yang soleh dan berjaya kelak.
D'Anjung Cake House merasa ceria dengan garapan idea yang diilhamkan ini. Melihatkan ikan-ikan yang berenang dan rama-rama berterbangan mengingatkan zaman kecil dahulu. Ini adalah objek popular yang kita akan lukiskan dan merasakan sangat cantik apabila diwarnakan dengan pensil warna Luna. Izz Ziyad akan melalui suasana di tadika kelak dan semoga ilham di atas kek ini juga akan menjadi ilham Izz Ziyad menconteng buku lukisannya kelak.
Kek bentuk no. 1 memang popular bagi ibu-ibu yang teruja untuk menjadikan kenangan dalam membesarkan anak-anak. Kek bentuk no ini sangat mudah untuk mengabadikan peningkatan umur anak-anak. Dengan bentuk kek sahaja telah menceritakan angka yang dihitung saban tahun. Tahniah dan terima kasih buat ibunda dan ayahanda Izz Ziyad kerana memilih D'Anjung Cake House untuk mengabadikan kenangan seumur hidup anakanda Izz Ziyad..