Tuesday 8 April 2014

Resepi Kek Coklat mudah

Kali ni kita buat kek coklat yang mudah. Check dulu bahan-bahan yang diperlukan.
 
BAHAN KEK
 
225 gram tepung gandum red rose
85 gram serbuk koko (ikut suka sama ada yang biasa atau dark cocoa) kalau dark cocoa rasanya ada sedikit rasa pahit tetapi lebih rasa koko.
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 soda bikarbonat
BAHAN DI ATAS AYAK SEMUA SEKALI GUS
350 gram gula castor
2 biji telur
250 susu segar
125ml minyak jagung/sayuran
2 tsp esen vanila
250 air 
 
Bahan coklat ising
200 gram coklat masakan
200 ml whipping cream
 
CARA PENYEDIAAN KEK
 
Masukkan semua bahan untuk penyediaan kek ke dalam mangkuk pengadun dimulai dengan telur, esen vanila,gula,tepung serta bahan yg diayak, susu dan minyak,  kecuali air masukkan last sekali. Tujuan masukkan telur dibawah sekali supaya tepung tak melekat di dasar mangkuk. Kalau masukkan semua sekali tak ikut prosedur pun ok juga, tak jadi masalah besar pun hihihi........
 
Pukul hingga sebati dan tepung tidak berketul, Masukkan air sedikit demi sedikit.
pukul lagi hingga kembang. Tuang dalam loyang pembakar yang telah dilapik dengan baking paper dibawahnya supaya bahagian bawah tidak melekat di loyang dan tidak pecah bila mengeluarkan kek.
 
Bakar dalam suhu 180 selama 25-35 minit. pastikan bahagian dalam kek masak dengan menepuk bahagian tengah kek dan bunyi seperti perut baby kembung (hihihi) kalau nak mudah cucuk dengan lidi jika tiada teoung yang melekat tu kira dah masak la tu...
 
Biarkan sejuk di dalam loyang sebelum mengeluarkan kek dari loyang. Ini adalah bagi mengelakkan kek relai kerana tekstur gula yang masih panas adalah dalam keadaan cair dan tidak memegang tepung dengan kukuh. Setelah sejuk, keluarkan kek dari loyang dengan cara asingkan kek dari bahagian tepi loyang dengan pisau barulah dibalikkan loyang. Bahagian bawah akan terasing dengan sendiri kerana telah dilapik dengan kertas baking. Buang kertas tersebut dan mula menghias...
 
Cara menyediakan coklat garnache (ising)
 
Coklat masakan dan whipping cream disatukan dalam periuk kecil dan dicairkan secara double boil. Jangan biar terlalu lama sehingga berminyak. setelah semua cair angkat dan kacau perlahan dengan whisk sehingga sejuk tetapi masih cair. Tujuan dikacau sedemikian ialah bagi mengelakkan coklat yang sejuk membeku dan berketul.
 
kek yang telah diletakkan dalam bekas atau papan kek dan cedok sedikit demi sedikit coklat ising dan dituang rata atas kek. Boleh juga di buat 2 lapis dengan memotong separuh kek dan tuang coklat di tengah bagi mendapatkan rasa yang enak. Tuang coklat sehingga meliputi seluruh kek dan ratakan dengan pisau palette sekadar ketebalan yang diinginkan. Biarkan membeku dan bersihkan bahagian tepi papan kek, lap dengan tisu dapur yang bersih.
 
Akhir sekali hiaskan sesuka hati anda.. selamat mencuba resepi mudah ini..
 

No comments:

Post a Comment